Ada apa dalam set bersalin dan berpantang Jamu Jelita ini?
Air Selusuh
Apa yang menarik dalam air selusuh ini adalah campuran antara air zam-zam dan air suling yang dibacakan dengan surah-surah terpilih dalam Quran. Cara guna, diminum sebelum bersalin dan baki air dicampurkan dengan baki air sebelum bersalin. Harapnya dengan bacaan quran ini memudahkan proses bersalin.
Balm Hangat Berherba
Balm hangat ini digunakan sebelum memakai bekung. Kalau nak guna untuk buang angin pun tak apa sebab ianya hangat. Kalau kaki dah bengkak sebab angin terlalu banyak, boleh guna balm ini untuk buang angin. Banyak la angin keluar nanti dari. Memang terbaik.
Jus Tradisi Wanita
Gunanya untuk menambah tenaga, mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah agar wajah sentiasa ayu dan berseri sepanjang pantang. Rasa jus ini sedap, tidak terlalu manis, dan tidak pahit. Banyak campuran didalamnya, sesuai untuk mereka yang tidak suka makan benda-benda pahit. Rasanya sangat sedap.
Minyak Selesa
Minyak ni digunakan selepas mandi, baunya tidak la busuk, tapi berbau harum semulajadi, sesuai la untuk mereka yang nak bau wangi. Boleh digunakan secara berterusan untuk mengelakkan bengkak kaki.
Rendaman Herba
Cara penggunaan anda boleh lihat di belakang kotak pek set bersalin ini. Rendaman herba ini sama sahaja fungsi dengan herbal wash daripada Set Bersalin Anugerah, cuma rendaman ini anda perlu untuk panaskan dan gunakan, herbal wash anugerah boleh digunakan terus tanpa perlu panaskan dan lain-lain. Fungsinya sama, untuk membersihkan bahagian vagina.
Sabun Nyaman
Dalam bentuk sabun, berfungsi untuk membersih dan memberi kesegaran kepada anda. Bagi saya tidak sesuai untuk mereka yang ceaseran kerana ditakuti terkena pada bahagian-bahagian luka dan berjahit.
Serbuk Nyaman
Fungsi macam bedak sejuk, menyegarkan kepada. Rasa sejuk je bila pakai atau dikenakan di dahi.
Tungku Herba Tradisi
Mengecutkan peranakan, menyihatkan urat-urat,mengempiskan perut