Click Image for Gallery
Bedak sejuk merupakan amalan dan petua nenek moyang kita sejak zaman dahulu lagi. Bedak sejuk tradisional biasanya dihasilkan daripada beras yang direndam sekurang-kurangnya 44 hari.Ia mempunyai banyak kebaikan dan manfaat terutamanya berkaitan kecantikan kulit muka dan wajah.
Antara kebaikan yang ada pada bedak sejuk:
1. Menanggalkan sel-sel kulit mati pada wajah.
2. Membantu melicinkan kulit muka anda.
3. Membantu menyegarkan kulit
4. Membantu dalam menyejukkan kulit.
5. Menegangkan dan membersihkan muka.
6. Membantu dalam mengecutkan jerawat muka.