Click Image for Gallery
MINYAK BERUBAT HERBA NONA ROGUY
Minyak Berubat Herba merupakan persediaan herba yang sesuai untuk membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Di samping memelihara kelembutan kulit, ia juga boleh digunakan sebagai minyak urut bagi meredakan masalah angin dalam badan serta membantu mengatasi ketegangan otot dan penyakit sendi seterusnya menyegarkan lagi tubuh badan anda.
Kandungan: 130ml
KEBAIKAN MINYAK BERUBAT HERBA NONA ROGUY
- Mengatasi penyakit sendi
- Meredakan ketegangan urat saraf dan otot
- Membuang angin dalam badan
- Mengatasi masalah sakit pinggang
- Melancarkan peredaran darah
- Mengatasi masalah pernafasan seperti lelah
- Membantu meredakan masalah senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil
- Mempercepatkan pemulihan luka
- Mengatasi masalah radang, kedutan, regangan dan kesan alahan
- Memelihara kelembapan dan kelembutan kulit
- Mendingin dan menyegarkan tubuh badan
- Sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur terutamanya bagi ibu dalam pantang
KANDUNGAN MINYAK BERUBAT HERBA NONA ROGUY
- Pandan (Pandanus Odorus): Selain mempunyai aroma yang harum dan mampu meredakan tekanan, daun pandan juga berupaya melegakan sakit kepala dan dada serta membantu mengatasi masalah kulit, demam, kekejangan perut serta mempercepatkan pemulihan ibu dalam pantang.
- Serai Wangi (Cymbopogon Nardus): Ekstrak serai wangi sering digunakan dalam aromaterapi yang membekalkan manfaat bagi kulit. Ia mampu menyingkirkan toksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
- Widuri (Calotropis Gigantiea): Selain membantu meredakan demam, bunga widuri juga berupaya mencegah dan mengatasi masalah kulit seperti luka, radang dan bisul di samping membantu memelihara sistem saraf, melancarkan peredaran darah serta mengatasi ketegangan otot dan penyakit sendi.
- Cabai Jawa (Piper Longum): Selain berupaya melancarkan proses penghadaman, herba yang turut dipanggil pippali ini turut digunakan dalam rawatan tradisional India atau Ayurveda bagi membantu membuang angin dalam badan, merawat masalah kesuburan, pedih ulu hati, ketegangan otot, senggugut dan kitaran haid yang tidak stabil di samping membantu memulihkan ibu bersalin.
- Serai Wangi (Cymbopogon Nardus): Minyak serai wangi sering digunakan dalam perubatan tradisional dan berkesan untuk menghilangkan keletihan dan kelesuan tubuh, membuang angin dan toksin dari tubuh, sekaligus menyegarkan lagi tubuh badan. Ia juga mampu menyingkirkan toksin dan bersifat antiseptik untuk mencegah jangkitan mikroorganisme sepeti bakteria dan kulat yang akan merosakkan kulit selain mengawal minyak pada kulit dan mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit.
- Tasmania (Eucalyptus Globulus): Tumbuhan yang sering tumbuh di Australia ini mempunyai aroma yang segar serta bersifat antiseptik dan antiradang yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta meredakan pelbagai jenis penyakit termasuk demam, luka dan masalah pernafasan, di samping membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah penyakit.
- Cengkih (Eugenia Aromatica): Cengkih yang bersifat antiseptik ini berupaya membasmi bakteria, mengurangkan radang dan kekejangan otot di samping membantu mengatasi penyakit kulit serta melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan kesakitan mahupun ketidakselesaan pada tubuh. Cengkih turut kaya dengan antioksidan dari sumber vitamin A dan C yang berperanan menyingkirkan toksin di samping membantu memelihara kehalusan dan kelembapan kulit.
- Buah Pala (Myristica Fragrans): Buah pala diperkaya dengan khasiat karbohidrat, kalsium, fosforus, protein dan kalium yang berupaya mengatasi masalah pencernaan serta mengatasi sakit kepala dan penyakit sendi. Ia turut berupaya merawat kesakitan pada bahagian perut serta memelihara kehalusan dan kelembutan kulit.
CARA PENGGUNAAN MINYAK BERUBAT HERBA NONA ROGUY
- Gunakan beberapa titis Minyak Berubat Herba dan sapukan pada bahagian yang dikehendaki seperti perut, pinggang dan belakang tubuh.
- Boleh digunakan pada bila-bila masa.
- Jauhkan dari kanak-kanak.
- Simpan di tempat yang dingin dan kering.