Minyak Kelapa Dara Tropika diperolehi daripada pokok-pokok
kelapa yang ditanam secara semulajadi tanpa menggunakan baja kimia,racun
makhluk perosak dan racun rumpai.
Minyak Kelapa Dara Tropika dihasilkan melalui proses perahan
sejuk tanpa haba. Ini membolehkan semua nutrien dikekalkan dalam keadaan
semulajadi.
Minyak Kelapa Dara Tropika mengandungi tahap laurik asid
yang tinggi seperti susu ibu. Minyak ini mempunyai monoglyglyserid dan lain
lain anti-oksidan semulajadi seperti tocopherol (Vitamin E), vitamin A dan C yang
berfungsi sebagai pengawet semulajadi
dan mempunyai tahap kolesterol yang rendah.
Minyak Kelapa Dara Tropika dihasilkan menggunakan buah
kelapa yang matang dan segar sahaja dan diproses dengan tahap kualiti yang
tinggi. Minyak ini dikilang menggunakan proses penapisan berperingkat untuk
menghasilkan minyak yang asli dan jernih.
Kita pernah dikejutkan dengan berita minyak telon yang
banyak digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang
haram. Oleh itu beralihlah daripada mengguna produk-produk yang kita was-was
kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.